Tuesday, 9 July 2013

HAK INDIVIDU

Hak individu ini seperti hak hidup, makan, minum, pakai, milik, belajar, bersuara, rawatan, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih besar. Contoh, hak individu ialah memiliki tanah manakala hak masyarakat ialah memiliki bersama jalan untuk kemudahan awam. Sewaktu berlaku pertembungan antara dua hak ini, maka hak masyarakat mestilah diutamakan tetapi tidak melebihi keperluan asasi hak individu iaitu hak memiliki tanah sebagai tapak tempat tinggalnya.
Ketika ini, pihak berkuasa bertanggungjawab mencari ganti tapak yang diperlukan bagi individu yang terpaksa berkorban demi hak umum atau hak masyarakat itu. Dalam masyarakat barat, hak individu ini lebih besar daripada hak umum, sehinggakan seseorang boleh bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dalam bandar yang terdiri pelbagai jenis manusia dan tahap umur. Hal ini sudah menceroboh hak umum iaitu ketenteraman jiwa tanpa gangguan emosi yang terhasil daripada mempamerkan tubuh yang merangsang hormon seksual itu. Dalam Islam, penutupan aurat (samada lelaki atau perempuan) adalah wajib/ fardhu yang mendatangkan pahala apabila dilaksanakannya dengan ikhlas dan berdosa apabila diabaikan dengan sengaja.

Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.

Lantaran itu, atas "tiket" hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin.

Jadi, bukan suatu yang memeranjatkan apabila ada artis Barat mengisytiharkan diri mereka gay atau lesbian. Misalnya, penyanyi legenda Britain, Sir Elton John secara terbuka mengaku dirinya seorang gay, manakala pelakon wanita Hollywood, Angelina Jolie pula mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan "teman wanitanya."

Selebriti Barat dan Eropah juga tidak segan-silu mengumumkan bahawa mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan seks luar nikah dengan pasangan masing-masing. Terbaru, bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo pada awal Julai lalu dengan bangganya mengumumkan beliau sudah bergelar ayah hasil hubungan seks luar nikahnya dengan pasangannya yang dirahsiakan namanya.
Namun, semua itu berlaku di Eropah dan Barat, masyarakat yang mendakwa sentiasa mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak tersebut mencabar nilai sosial dan kemanusiaan mereka sendiri.

Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.
Namun, pendedahan baru-baru ini hasil laporan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidikan dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang diketuai Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, sebenarnya menunjukkan bahawa konflik antara hak individu dengan nilai masyarakat sedang kuat bergolak di negara ini.

Kajian tersebut menunjukkan salah laku seks bebas yang dilakukan oleh remaja Melayu di negara ini di bandar mahupun luar bandar. Kajian yang melibatkan 300 orang responden terdiri daripada golongan remaja Melayu (berumur antara 15 hingga 25 tahun) menunjukkan hasil yang begitu meresahkan. Kira-kira 85 peratus responden mengakui bahawa mereka melakukan seks bebas.
Jika ada mana-mana pihak yang "membebel" kepada mereka tentang salah laku yang mereka lakukan, jangan terperanjat jika mereka mengatakan, "anda berhak bercakap apa-apa sahaja, saya pula berhak menerima atau menolak pandangan anda kerana itu hak peribadi saya."hak individu.

Jadi, adakah kita semua sudah bersedia menerima kehadiran generasi yang memperjuangkan hak peribadi ini? Atau tiba masanya kita merancang strategi terbaik untuk melunturkan kepercayaan songsang mereka?

Isu perempuan/lelaki profesional tidak kahwin sering dibicarakan oleh pelbagai golongan masyarakat. Pelbagai andaian dan pandangan dikemukakan sehingga sampai ke tahap yang boleh menjejaskan maruah golongan perempuan/lelaki tersebut.
Sikap yang gemar mempersoalkan hak dan status perempuan/lelaki profesional yang tidak berkahwin telah menjadi lumrah kehidupan masyarakat di negara ini.Idea-idea dan pandangan yang dikemukakan itu kadang-kadang terkeluar daripada fakta dan realiti kehidupan perempuan /lelaki profesional.(Contohnya, Zainab binti Harith, sepupu Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap yang buruk terhadap suaminya kerana beliau merasai terlalu kecewa kerana dikahwinkan dengan Zaid bin Thabit, hamba kepada Rasulullah s.a.w yang dijadikan oleh baginda sebagai anak angkat. Perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian. Kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya berkahwin dengan Zainab.)Setiap tahun isu-isu berkaitan dengan kebebasan hak individu sering dibicarakan. Ini menunjukkan bahawa terdapat umat Islam kurang memahami hak-hak individu. Mereka perlu memahami sejauh manakah hak mereka terhadap orang lain.
Pada 5 Jan 2008 Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berhubung pelanggaran hak individu supaya tindakan yang lebih keras dapat diambil terhadap pihak yang mengganggu hak peribadi seseorang termasuk pemimpin., undang-undang seumpama itu telah wujud dan dilaksanakan namun hukuman terhadap pihak yang mengganggu hak persendirian tidak begitu keras. Sesiapa yang melanggar hak individu dari segi privaci boleh didakwa.

''Bagaimanapun hukuman yang lebih ketat belum ada lagi, peletakan jawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek selepas mengaku dirinya ialah lelaki dalam rakaman video seks yang diedarkan di Muar dan Batu Pahat, Johor, oleh pihak tertentu .Susulan pengakuan itu, Soi Lek melepaskan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti .

TEORI-TEORI HAK ASASI MANUSIA

Teori Moral Hak Asasi Manusia


Adalah jelas ,hak asasi manusia adalah asas utama dalam moral semula jadi masyarakat .Perspektif ini boleh difinisikan sebagai moral theory of human right atau teory Moral Hak Asasi Manusia kerana tuntutan manusia adalah berdasarkan hak asasi yang berada dalam persekitaran moral .

Berdasarkan teori klasik ini manusia berhak mendapat keuntungan atau kebaikan iaitu keperluan moral mereka yang berharga sebagai manusia .Ini kerana hak asasi manusia adalah asas dalam membentuk maruah dan martabat manusia ianya kekal bersifat sejagat yang boleh digunakan kepada semua individu dimana tidak mengambil kira bangsa jantina dan umur etnik ataupun kewarganegaraan .
Disebabkan hak asasi ini unik dalam konteks moral semulajadi manusia maka ianya wujud secara bebas dari dalam komuniti masyarakat dan negara dimana manusia boleh tinggal secara bebas di dalamnya . jadi hak asasi manusia adalah mengatasi undang-undang yang diperolehi daripada keadaan semulajadi mereka yang sah atau moral sahih tidak daripada perlembagaan atau peruntukan undang-undang atau tindakan tertentu yang dilakukan oleh negara dan organisasi antarabangsa .

Dalam dunia moden kini idea idea hak asasi manusia adalah bagi tujuan menambahkan pengaruh . Menurut R.J Vincent idea hak asasi manusia dalam kehidupan adalah perkara utama dalam dunia politik .Dimana teori moral kepada hak asasi manusia pada abab ke 17 dan 18 , ialah dengan syarat ia dilakukan secara hujahan yang menyakinkan dalam dunia moden ini ,teori itu ditambah cabarannya dengan konsep lain hak asasi .

Teori Keadilan Sosial Hak Asasi Manusia

Charles Beitz yang membangunkan teori keadilan sosial Hak Asasi manusia yang membuktikan hak dalam terma pembahagian keadilan berbanding moral semula jadi manusiam. Berdasarkan teori ini hak asasi manusia adalah hak-hak yang berasaskan norma keadilan sosial yang menjamin kebaikan manusia .
Charles Beitz mendakwa oleh kerana doktrin klasik hak semula jadi membatasi hak keselamatan perseorangan dan kegagalan dan kegagalan mengambil kira tuntutan sosioekonomi ,model keadilan sosial menyediakan kedudukan yang lebih menyeluruh kepada hak asasi manusia .Walau bagaimanapun ,dalam model Charles Beitz ada batasanya .

Teori Hak Asasi Manusia yang Tersusun

Pendekatan ketiga dipanggil juga Teori hak asasi Manusia yang tersusun yang mana menentukan dasar hak asasi yang semestinya bagi kebaikkan manusia. Menurut Henry Shue penyokong teori ini mengatakan kehidupan manusia untuk hidup tanpa hak asasi yang layak diamalkan dengan baik adalah mustahil dicapai . Shue juga mengatakan terdapat tiga jenis hak asasi manusia iaitu keselamatan kebebasan dan kehidupan . Hak-hak asasi ini tidak mengambarkan senarai yang lengkap asas hak asasi manusia malah bukanlah yang paling dikehendaki berbanding hak-hak yang lain tiga hak berupa keperluan kolektif yang dapat memenuhi keperluan hak-hak yang dikehendaki oleh manusia .

Teori Saintifik Ssial Hak Asasi Manusia
Pendekatan keempat ialah teori sainstifik Sosial hak Asasi manusia ,keperluan bagi membuktikan hak asasi manusia diatas persetujuan yang merentassi budaya . disebebkan darjah ketinggian kepada plularismi budaya dalam dunia kontemporari dan oleh kerana perubahan yang berterusan daripada segi adat dan nilai dalam masyarakat yang berbeza bagi menjumpai sesuatu persetujuan peringkat tertinggi berkenaan hak asasi manusia adalah jelas sekali sukar diperolehi.Perjanjian antarabangsa yang penting sekali wujud pendekatan yang digunakan masih tidak dapat menekankan pandangan yang baik dan menarik berkenaan hak asasi manusia .Ini kerana tuntutan moral tidak dapat disimpulkan daripada fakta emperikal .

Kesimpulannya walaupun para sarjana masih berbeza pandangan daripada segi pengertian dan kewajaran dan hak asasi manusia ,terhadapnya persetujuan politik yang meluas yang menyokong tuntutan hak hak dilihat sebagai absah dan menyediakan tapak dalam meneruskan tuntutan dalam negara dan masyarakat antarabangsa itu sendiri .
Sebelum menyelidiki penerimaan meluas prnsip-prinsip pandangan antara bangsa dan konvensyen -konvensyan hak asasi manusia jelas didapati doktrin kesejagatan hak asasi manusia bagi masyarakat global adalah bentuk pluralisme budaya.Inilah yang akhirnya membentuk perdebatan antara dua golongan penyokong hak asasi manusia iaitu universalis melawan relativis.

Monday, 8 July 2013

Hak Antara Suami Isteri



Hak Antara Suami Isteri

Firman Allah swt: “Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)” (QS. An-Nahl:80)

Suami sebagai pemimpin rumah tangga memiliki hak-hak yang didapatkan dari istri dan anak-anaknya. Istri menghormati suami, dan anak-anak menghormati ayahnya.



Hak Suami


1.Ditaati dalam seluruh perkara kecuali maksiat. Sabda Rasulullah saw: “Hanyalah ketaatan itu dalam perkara yang ma’ruf.” (HR. Bukhari dan Muslim).


2.Dimintai izin oleh istri yang hendak keluar rumah, berpuasa sunah, Rasulullah saw bersabda: “Tidak boleh seorang istri puasa (sunnah) sementara suaminya ada di tempat kecuali dengan izin suaminya.” (HR. Bukhari dan Muslim).


3.Mendapatkan pelayanan dari istrinya. Seperti yang telah dicontohkan oleh istri sahabat Nabi Muahmmad saw, yaitu Asma’ istri Abi Bakar Ash-Shiddiq ra. Ia mengurusi hewan tunggangan suaminya, memberi makan dan minum kudanya, menjahit dan menambal embernya, serta mengadon tepung untuk membuat kue. Ia yang memikul biji-bijian dari tanah milik suaminya sementara jarak tempat tinggalnya dengan tanah tersebut cukuplah jauh.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Hak Isteri

1.Mendapat mahar dari suaminya. Mahar adalah wajib hukumnya, sebagaiaman firman Allah swt: “Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (QS. An-Nisa`: 4). “…berikanlah kepada mereka (istri-istri kalian) maharnya dengan sempurna sebagai suatu kewajiban.” (QS.An-Nisa`: 24). Serta sabda Rasulullah saw yang diucapkan ketika seorang sahabatnya ingin menikah namun ia tidak memiliki harta: “Lihatlah apa yang bisa engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu, walaupun hanya cincin dari besi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2.Digauli oleh suaminya dengan patut dan akhlak mulia. Allah swt berfirman: “Bergaullah kalian dengan para istri secara patut. Bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah karena mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An-Nisa`: 19)Rasulullah saw pun telah bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” (HR. At-Tirmidzi)

3.Mendapatkan nafkah , pakaian, dan tempat tinggal. Suami wajib memberikan nafkah dam pakaian yang layak bagi istrinya, serta anak-anaknya. Firman Allah swt: “…dan kewajiban bagi seorang ayah untuk memberikan nafkah dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf.” (QS. Al-Baqarah: 233)

4.Mendapat perlakuan adil, jika suami memiliki lebih dari satu istri. Maka suami yang berpoligami wajib memberikan nafkah dan perlakuan yang sama kepada istri-istrinya.  “…maka nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Namun jika kalian khawatir tidak dapat berbuat adil di antara para istri nantinya maka nikahilah seorang wanita saja atau dengan budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat bagi kalian untuk tidak berbuat aniaya.” (QS. An-Nisa`: 3).

5.Mendapatkan bimbingan dari suaminya agar selalu taat kepada Allah swt, serta terjaga dari api neraka. Bimbingan itu berupa pengajaran/pengetahuan agama. Sebagaimana firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu….” (QS. At-Tahrim: 6).


Sunday, 7 July 2013

lagu mengenai PALESTIN.. save palestin



Apa itu Hak Asasi Manusia????


Dalam Undang-undang



Pengertian Hak Asasi Manusia menurut UU No. 39 Tahun 1999 tentang hak asasi manusia mentakrifkan hak asasi manusia sebagai satu set hak yang melekat pada hakikat keberadaan manusia sebagai makhluk Tuhan Yang Maha Esa.

Menurut Pakar
Menurut Suproatnoko (2008; 125), hak asasi manusia adalah hak dasar milik manusia, bersifat universal sebagai karunia Tuhan Yang Maha Esa sejak hidup dalam kandungan atau rahim, dan hak kodrati atau asasi yang tidak dapat dipisahkan dari kewujudan peribadi manusia itu sendiri.
menurut Islam


Hak asasi dalam Islam berbeza dengan hak asasi menurut pengertian yang umum dikenal. Sebab seluruh hak merupakan kewajiban bagi negara maupun individu yang tidak boleh diabaikan. Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu haram atas kamu." (HR. Bukhari dan Muslim). Maka negara bukan saja menahan diri dari menyentuh hak-hak asasi ini, melainkan mempunyai kewajiban memberikan dan menjamin hak-hak ini.

ASSALAMUALAIKUM DAN SLMT SEJAHTERA..

salam kwn2...

wahhh pejam celik pejam celik saya dh berada di tahun 1 semester 3...

cepat sungguh masa bersama..

kali ini saya diminta untuk bina satu laman blogger berkisar tentang HAK ASASI MANUSIA iaitu subjek short sem saya yang saya amek ...

sepanjang short sem ini .. saya akan posting beberapa tajuk mengenai HAK ASASI MANUSIA.

hope kalian selalu lah jenguk Blogger saya.. hehehehe

moga memberi pengetahuan kepada kita semua...


sekian.. wslm . :)