PENGENALAN
Isu Malaysia tidak
pernah dijajah, merupakan isu yang baru dibangkitkan setelah kenyataan ini
dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara ( MPN) mengatakan Malaysia tidak pernah
dijajah oleh British. Setelah isu ini mula dibangkitkan, kelihatan banyak media
dan orang persendirian serta tidak ketinggalan rakyat Malaysia menyatakan
pendapat dan pandangan masing-masing mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan
ini. Ada yang menyangkalnya dengan hebat dan ada yang menyokong kenyataan ini.
Tetapi yang pastinya kenyataan ini telah menggemparkan rakyat Malaysia
berikutan pemikiran kita sejak zaman persekolahan lagi telah disuntik dengan
fakta sejarah mengenai penjajahan barat di Tanah Melayu (TM). Oleh itu, tidak
hairanlah masyarakat menentang terus kenyataan ini kerana merasakan sejarah
yang telah dipelajari adalah satu fakta yang mana mungkin sesuatu yang direka
semata-mata. Tetapi majlis Profesor Negara semestinya ada jawapan dan
kerelevenan tersendiri sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Masakan ia
dikeluarkan jika tidak ada penyelidikan, ini agak mustahil. Kerana penyelidikan
dan pembacaan yang banyak tidak mustahil mampu mengungkai peristiwa bersejarah.
Daripada isu ini saya
mengambil pendapat daripada beberapa orang yang berpengalaman kerana saya
berpendapat apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh tentang isu ini ada
kebenarannya. Ini kerana mereka lebih arif tentang masalah ini berbanding
masyarakat kita dan mereka adalah golongan yang memiliki pengalaman soal negara
termasuk sejarah negara kita. Daripada pendapat yang diberikan oleh mereka
seperti Tun Mahathir, Prof. Zainal Kling dan Timbalan Perdana Menteri saya
membuat pendapat saya dan mengambil intipati yang mereka katakan sebagai satu
input yang penting.
Walau bagaimanapun, kita
harus melihat masalah ini dengan berpandangan jauh dan jangan hanya melihat
kepada satu fakta atau usul sahaja bahkan perlu lebih lagi. Kita juga harus
melihat daripada konteks sejarah dan tidak perlulah diusulkan dengan politik
semasa kerana khuatir akan wujud masalah lain yang boleh mengelirukan lagi
keadaan yang ingin dipastikan, iaitu untuk mengetahui adakah benar Malaysia
kita tidak pernah dijajah ataupun sebaliknya.
ISU MALAYSIA TIDAK
PERNAH DIJAJAH
Melihat kepada kenyataan
yang dikeluarkan oleh MPN di Putrajaya baru-baru ini mengatakan Malaysia atau
Tanah Melayu tidak pernah dijajah tetapi hanya berada di bawah naungan British.
Menurut Prof datuk Dr Zainal Kling, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio
Budaya MPN menyatakan hanya tiga buah negeri sahaja menjadi tanah jajahan
British iaitu Singapure, Melaka dan Pulau Pinang. Menurut beliau lagi fakta
sejarah yang ada sekarang harus diubah dan fakta mengenai Tanah Melayu terjajah
selama 400 tahun adalah satu fakta yang tidak benar. Hal ini demikian kerana
Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sahaja iaitu semasa Malayan Union
(MU) diperkenalkan oleh pihak British untuk kepentingan mereka dan untuk
menjadikan Tanah Melayu, Negeri-Negeri selat Melayu sebagai direct rule dari
London melalui gavenor iaitu koloni. Selain itu, kita hanya terjajah pada zaman
Jepun iaitu selama 3 tahun.
Di samping itu juga,
beliau menyatakan bahawa perkataan jajahan dan naungan membawa pengertian
berbeza daripada sudut sejarah pemerintahan Tanah Melayu sejak sebelum merdeka.
Ini kerana Tanah Melayu dijadikan naungan kerajaan British dan pemerintahan
Tanah Melayu ketika ini adalah tertakluk di bawah institusi dan Majlis
Raja-Raja Melayu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan juga menegaskan tuduhan
yang diberikan keatas anggota polis, pemimpin parti politik dan pegawai Melayu
sebagai kakitangan British adalah tidak benar dan bercanggah dengan fakta
sejarah. Sebaliknya golongan haluan kiri yang menentang polis merupakan golongan
yang menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu.
Daripada kenyataan yang
dikeluarkan ini, sebenarnya Profesor Zainal Kling menyatakan Malaysia dijajah
tetapi tidaklah secara langsung. Ini dapat dilihat daripada penulisan ‘emily
Sadka’ dalam bukunya bertajuk protected Malay yang ditulis pada tahun 1970an
membicarakan tentang kedudukan Melayu dan sistem politik Melayu.
Dalam penulisannya ini,
menjelaskan keadaan Tanah Melayu yang pada masa itu sangat kucar kacir. Oleh
itu, raja-raja Melayu membuat keputusan untuk meminta nasihat daripada British
bagi membantu dalam soal pemerintahan. Jika dilihat pada asalnya memanglah
tujuan British adalah murni kerana kesanggupan mereka membantu raja-raja Melayu
dalam konteks pemerintahan, iaitu dimana orang Melayu memerlukan sesuatu cara
untuk bersahabat dengan orang Barat.
Dalam konteks ini,
British datang ke Negeri Melayu dan menjalankan tugas seperti yang dikehendaki
oleh raja-raja Melayu agar membantu untuk menstabilkan dalam melaksanakan
pentadbiran dengan baik. Namun, akhirnya British telah mengambil kesempatan
terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh raja Melayu dengan meletakkan
pegawai tadbirnya dalam pemerintahan di Tanah Melayu. Disamping itu juga,
mereka turut memperkenalkan sistem pemerintahan mereka dalam pentadbiran di
Tanah Melayu.
Kesempatan ini diambil
setelah mereka melihat dan mengkaji keadaan masyarakat Melayu yang banyak
bergantung kepada pemerintah. Mereka juga dapati segala apa-apa yang berkaitan
dengan masalah rakyat hinggalah kepada keputusan adalah tertakluk kepada kuasa
raja dan jika rakyat ingkar dengan perintah raja mereka akan menerima balasan
atau dengan kata lainnya tulah. Ini menunjukkan raja sangat memainkan peranan
penting kepada rakyat. Oleh itu, banyak hak orang Melayu digubal setelah
British campur tangan dalam pemerintahan sehinggalah hak yang melindungi orang
Melayu turut digubal. Misalnya soal tanah British memahami bahawa konsep
kerakyatan dan kehidupan orang Melayu sejak zaman dahulu lagi adalah bergantung
kepada tanah.
Selain itu, prof juga
ada menyebut tentang sistem kepimpinan Melayu, dimana menurut prof. Datuk dan
prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim menyatakan British datang adalah dengan
mengekalkan imej Melayu. Tetapi untuk memastikan kedudukan imej mereka turut
terjaga di Tanah Melayu konsep derhaka dijadikan satu konsep yang mantap oleh
mereka agar tersemat dalam jiwa orang Melayu. Di sini kita dapat lihat daripada
konsep ini, orang Melayu menjadikan raja sebagai identiti dan lambang yang
tinggi. Oleh itulah, sehingga kini kita dapat lihat 9 orang raja di Malaysia
dan rakyat masih lagi memandang tinggi terhadap institusi beraja.
Perbincangan mengenai
Malaysia tidak pernah dijajah dapat dilihat juga daripada kuasa raja. Dimana
menurut peguam Inggeris Rolan Bradll menyatakan British sebenarnya tidak boleh
menjalankan aktiviti sewenang-wenangnya terhadap raja-raja Melayu kerana
raja-raja Melayu masih lagi berhak terhadap negara mereka. Oleh itu, apabila
raja Melayu sudah tidak mempunyai kuasa menyebabkan saudagar-saudagar yang berdagang
ke TM misalnya tidak lagi membuat hubungan baik dengan raja Melayu untuk
aktiviti perdagangan import dan eksport. Ini menunjukkan segala kuasa raja
telah beralih ke tangan British sehinggalah menyebabkan hubungan Inggeris
dengan orang bukan Melayu semakin erat dan raja Melayu hanya berkuasa dalam
soal agama dan adat Melayu sahaja.
Melihat kepada pakar
Perlembagaan pula iaitu, Profesor Abdul Aziz Bari berkata, daripada segi
teknikalnya memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah. Hal
ini demikian kerana negeri-negeri Melayu hanya dilindungi kecuali Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak sahaja yang pernah dijajah. Menurut beliau lagi,
kehadiran British adalah berasaskan kepada perjanjian dengan raja setiap
kerajaan dan pegawai British ditugaskan untuk menjalankan pentadbiran dan
kedaulatan tetap ada pada raja.
Menurut persetujuan oleh
Profesor tentang Negeri Melayu tidak pernah dijajah kebanyakannya menyebut
hanya setengah daripada negeri sahaja yang dijajah dan bukannya seluruh Tanah
Melayu. Ini menunjukkan penegasan daripada setengah ahli akademik untuk
mengubah semula sejarah yang dikatakan berlaku kekeliruan adalah untuk memberi
pengetahuan sebenar kepada kita tentang sejarah sebenar.
Melihat kepada
masyarakat pula, pada saya kebanyakan mereka melontarkan kata yang tidak enak.
Seperti yang dikatakan pada awal perbincangan tentang isu Malaysia tidak pernah
dijajah ini, orang ramai hanya tahu fakta sejarah yang kebanyakannya daripada
pengajaran di sekolah. Justeru itu, pengetahuan kita tentang sejarah yang
sebenar adalah sangat cetek. Ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat
Malaysia sekarang yang tidak tahu akan Malaysia dengan lebih mendalam kerana
memandang akan sejarah sesuatu yang tidak penting dalam kehidupan mereka
seharian. Oleh itu, penentangan akan kenyataan ini tidak perlu secara kritis
kerana kita perlu berfikir dengan lebih rasional.
Perkara ini akan menjadi
lebih rumit apabila masyarakat berfikir kenyataan yang dibuat adalah
menyeleweng daripada fakta sejarah. Kita harus ketahui sebenarnya apa yang
dikatakan bukanlah mengatakan sejarah sekarang adalah semua salah tetapi perlu
diperbetulkan mana-mana yang keliru misalnya tentang Tanah Melayu dijajah
selama 400 tahun. Hal ini kerana, apa yang kita ketahui daripada isu ini kita
dijajah hanya semasa malayan Union dan semasa kependudukan jepun di Tanah melayu.
Kita juga dapat lihat
British telah berjaya menjadikan kita tanah jajahan iaitu untuk mendapatkan
sumber bekalan mentah dan mencampuri urusan pentadbiran sebenarnya dapat
dilihat daripada penyelidikan mereka. Mereka telah banyak membuat kajian
tentang budaya orang Melayu sehinggakan mereka tahu akan kelemahan dan kekuatan
kita. Oleh itu, dengan mudah mereka dapat mempengaruhi orang Melayu demi
kepentingan mereka. Hal ini, menyebabkan kita mudah dipujuk kerana sifat orang
Melayu yang lemah lembut. Di sini, kita dapat lihat mereka mudah untuk
mengambil kesempatan keatas kita.
Tun Dr.Mahathir Mohamad
juga berkata, Malaysia tidak pernah dijajah, tetapi beliau menegaskan
penasihat-penasihat British yang telah bertindak seolah-olah pihak mereka
adalah pemerintah sebenar berbanding dengan raja-raja Melayu. Ini dapat dilihat
apabila British mula mengambil kesempatan dengan meletakkan penasihat mereka
dalam pemerintahan. Seperti yang dikatakan pada asalnya sultan-sultan telah
memutuskan untuk mengundang British ke Tanah Melayu untuk menasihat bagaimana
untuk mentadbir negara. Akan tetapi sebaliknya British telah bertindak
seolah-olah kita dijajah. Ini menunjukkan tun menegaskan kita dijajah bukan
cara tawanan tetapi cara yang digunakan mereka melihatkan kita seolah-olah
dijajah.
Apabila saya membaca
daripada Tun lagi, kedatangan British bukan untuk memberi nasihat bahkan
kelihatan memberi arahan. Tambah Tun penasihat British memerintah manakala
pemerintah pula memberi nasihat. Keadaan ini berbeza daripada tugas British
mula-mula ke Tanah Melayu. Melihat kepada kenyataan Tun yang menyusul kata-kata
dari Majlis Profesor Negara (MPN) iaitu fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu
tidak pernah terjajah. Tun juga berkata ia harus dibaiki daripada sekarang oleh
semua pihak sama ada pelajar, guru-guru, ahli politik atau penafsir politik.
Jika dilihat daripada
perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam
perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi atau
dilindungi. Dan perlu difahamkan bahawa perkataan dinaungi tidak sama dengan
kolonial. Pendapat mengenai isu ini jika dilihat sejak mula lagi Tanah Melayu
bukanlah tanah jajahan atau kolonial dan fakta ini perlu diubah. Tun juga
bersependapat dengan MPN dalam kenyataan yang dibuat menegaskan zaman
pentadbiran British yang disamakan dengan penjajahan British sebenarnya tidak
sahih dan tidak wajar digunakan. Daripada pendapat Tun ini, difikirkan bahawa
Malaysia sebenarnya berada di bawah naungan British sahaja dan buka kita
dijajah. Kenyataan ini ada benarnya juga kerana kita dapat lihat sendiri
daripada perjanjian Pangkor yang dibuat antara British dengan sultan.
Namun begitu, berlainan
pula dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata di
dewan rakyat mengakui Malaysia pernah dijajah. Pendapat beliau kelihatan
berbeza dengan apa yang dikeluarkan oleh MPN dan pendapat daripada Tun. Beliau
menegas lagi, sama ada negara dijajah ataupun tidak jawapan yang akan beliau
katakan adalah ya. Beliau tegas mengambil pendirian walaupun ada beberapa pihak
yang berpendapat bahawa kita tidak dijajah.
Menurut beliau jika
dikaji semula sejarah, kita telah menyambut kemerdekaan pada setiap tahun. Oleh
itu, kemerdekaan yang disambut takkanlah hanya sia-sia sahaja. Ini menunjukkan
bahawa kita tahu kita dijajah. Selama 54 tahun kita menyambut perayaan ini
mestikah ada signifikannya. Selain itu, kedatangan British sebagai penasihat
pada waktu ini sebenarnya untuk memberikan nasihat kepada raja, dan dalam
konteks ini nasihat yang diberikan harus diikuti kerana kita sendiri yang
mengundang mereka membantu dalam hal pentadbiran. Ia adalah suatu yang tidak
bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat.
Tan Seri ketika diminta
memberikan pendirian berhubung isu ini didakwa menimbulkan kekeliruan rakyat
khususnya pelajar sekolah. Berkata beliau bimbang kerana usul yang dikeluarkan
menyebabkan pelajar sekolah terutamanya keliru akan sejarah sebenar kerana
mereka diajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos. Menurut beliau bagaimana pula dengan
keadaan pelajar yang ingin menduduki peperiksaan dalam jangkamasa terdekat ini.
Sekiranya soalan yang dikeluarkan kepada mereka berkait rapat dengan isu ini.
Ini akan menyebabkan pelajar gagal menjawabnya.
Daripada apa yang
dikatakan oleh Timbalan Perdana menteri ada betulnya juga kerana masyarakat
sudah lama didedahkan dengan perayaan yang disambut setiap tahun. Untuk
mendapatkan kenyataan yang sebenar ia agak susah. Pada asalnya saya juga
tertanya-tanya bagaimana kemerdekaan disambut sedangkan kita tidak dijajah.
Adakah kemerdekaan yang disambut ini adalah satu simbol bagi negara sahaja atau
sebaliknya. Tetapi selepas melihat daripada beberapa pendapat mungkin benar ada
berlaku kekhilafan dalam catatan atau mungkin ada yang terlepas pandang
mengenai fakta sejarah. Jika tidak isu ini tidak mungkin akan timbul dan
dipersoalkan. Jika melihat kepada pandangan Tan Seri juga beliau lebih bimbang
akan pelajar sekolah yang keliru tentang Malaysia sama ada dijajah ataupun
tidak, dan kebimbang ini menunjukkan kerisauan terhadap potensi keputusan
pelajar nanti. Oleh itu, isu ini harus diselesaikan dengan kadar segera agar
kita mempunyai fakta yang sebenar dan ternoktah.
Daripada apa yang saya
lihat dan saya ambil, pandangan dan ulasan yang dibuat oleh Majlis Profesor
Negara dan Tun Dr. Mahathir kelihatan membuat penegasan daripada perkataan yang
dibuat harus ditukarkan. Misalnya penjajahan British yang disamakan dengan
zaman pentadbiran British. Selain itu, perkataan dinaungi dengan jajahan yang
ditegaskan adalah dua perkataan yang berbeza. Menurut mereka pandangan yang
diberikan lebih menjurus kepada pertukaran perkataan, kerana setiap perkataan
yang dikeluarkan walaupun hanya satu perkataan ia boleh membawa kepada maksud
yang berlainan. Oleh itu, jika diajar kepada pelajar disekolah dan masyarakat
dikhuatiri mereka akan tersalah anggap.
Dikatakan keseluruhan
pandangan yang diambil daripada kenyataan ini didapati sebilangan yang bersuara
adalah daripada mereka dalam golongan akademik. Ini menunjukkan perkara ini
adalah mainan akademik. Jadi tidak boleh dikatakan kenyataan yang dikeluarkan
oleh MPN adalah suatu yang salah kerana kemungkinan ia menjadi satu kenyataan
yang benar. Oleh itu, orang luar yang mendengar kenyataan yang dikeluarkan itu
tidak tahu lebih mendalam akan perkara sebenar kerana kita hanya belajar soal
sejarah tidak keseluruhannya. Malaysia tidak pernah dijajah dikatakan tidak
dapat diterima kerana masih terdapat beberapa buah negeri yang dijajah, dan
negeri-negeri ini berada dalam senarai negeri di Tanah Melayu. Tetapi jika
mengubah fakta yang tidak betul adalah lebih baik untuk generasi akan datang.
Tetapi kita sedia maklum untuk mengubahnya amatlah sukar kerana bagaimana
pandangan negara luar terhadap negara kita. Walau bagaimanapun, bagi saya apa-apa
yang tidak betul atau ada sedikit kesilapan harus dibaiki demi kepentingan
sejarah negara.
Selain itu, untuk
menjawab persoalan ini meminta agar sejarah negara dilihat dan dikaji semula.
Ini selaras dengan cadangan yang telah diambil oleh Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Seri Mohd Khalid Nordin yang meminta agar subjek sejarah di peringkat
sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap
dan bercanggah dengan fakta sebenar. Ini menunjukkan, kajian semula adalah
suatu cara yang releven sekarang untuk mendapatkan penjelasan sebenar akan
kesahihan sejarah Malaysia.
KESIMPULAN
Oleh itu, isu tentang
Malaysia tidak pernah dijajah merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian.
Hal ini kerana keraguan yang timbul boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan
dalam kalangan masyarakat terutamanya. Penyelidikan dan kajian semula adalah langkah
yang paling baik untuk melihat dan meneliti semula apa kekeliruan yang timbul.
Ini adalah untuk mendapatkan kesahihan yang benar terhadap sejarah Malaysia
kita agar sejarah yang kita miliki hari ini menjadi pedoman kepada kita. Jika
berlaku masalah seperti ini dikhuatiri kesahihan sejarah kita diperkotak
katikkan oleh bangsa lain yang mengangap masyarakat kita tidak tahu sejarah
sebenar kerana sering berlaku kekeliruan.
Melihat kepada negara
kita pada zaman kedatangan barat, didapati memang pada asalnya mereka ke Tanah
Melayu adalah untuk membantu dalam soal pentadbiran. Namun, di sebalik itu
mereka ada helah tersendiri, keadaan inilah yang telah memberikan peluang
kepada mereka untuk mempergunakan raja-raja kita untuk menguatkan lagi pengaruh
mereka. Dan dari sinilah kelihatan kita telah dijajah oleh barat tetapi tidak
secara langsung.